Kemasukan

Proses Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu

1. Mengisi borang permohonan
2. Menghantar borang permohonan yang telah dilengkapkan ke Madrasah Idrisiah
3. Menunggu jawapan untuk panggilan ke peperiksaan kemasukan.
4. Hadir ke peperiksaan kemasukan pada hari dan waktu yang telah ditetapkan - selama 2 jam.
5. Menunggu keputusan peperiksaan.

Proses Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Empat

1. Mengisi borang permohonan.
2. Menghantar borang permohonan yang telah dilengkapkan ke Madrasah Idrisiah.
3. Menunggu jawapan untuk panggilan ke temuduga kemasukan.
4. Hadir ke temuduga kemasukan pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.
5. Menunggu keputusan temuduga.

Proses Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 2, 3 atau 5

1. Menulis surat permohonan kepada Mudir Madrasah Idrisiah.
2. Menyertakan 1 salinan:
* Keputusan UPSR / PMR
* Keputusan I'dadi / Thanawi yang terakhir

Perkara penting yang mesti di ambil perhatian oleh setiap pemohon

* Pemohon ke Tingkatan Satu mestilah menyertakan keputusan UPSR secepat mungkin.
* Pemohon ke Tingkatan Empat mestilah menyertakan keputusan PMR dan salinan keputusan I'dadi yang terakhir.
* Sebarang rayuan mestilah dibuat segera secara bertulis ke pihak Madrasah Idrisiah.

Pemilihan Pelajar Tingkatan Satu sesi 2003 sedang dijalankan.  Sila tunggu pengumuman keputusan pemilihan (selepas pengumuman keputusan UPSR).